< Browse > Home / Penjagaan Muka & Kulit / Blog article: Set Kosmetik Anggun Series

| Mobile | RSS

Set Kosmetik Anggun Series

Kod Produk: PM-27 | Harga: RM200.00

Set Kosmetik Anggun Series

Set Kosmetik Anggun Series keluaran Bioasli yang baru di lancarkan ini,di formulasikan sepenuhnya dari herba dan bahan tidak merbahaya bagi memastikan pengguna tidak mengalami sebarang masalah ketika menggunakan produk hebat ini.

Di datangkan dengan set lengkap untuk mengkalkan kebersihan dan kecantikan wajah, Anggun Series Toner,Facial Foam,Moisturizer dan Whitening ini turut di datangkan dengan tiga ciri tambahan iaitu Minyak Kelapa Dara,Tocotrienols dan Bio enzim yang tidak terdapat pada produk-produk keluaran syarikat lain.

Kandungan Set Kosmetik Anggun Series

  1. Anggun Series Facial Foam 100ml
  2. Anggun Series Toner 100ml
  3. Anggun Series Moisturizer 50g
  4. Anggun Series Whitening 15g

Anggun Series Facial Foam – Membersih

Formulasi terkini berasaskan minyak kelapa dara dan diperkaya dengan bio enzim serta tocotrienols berfungsi sebagai pembersih. Sesuai untuk semua jenis kulit bagi lelaki dan perempuan.

Khasiat Anggun Series Facial Foam

  • Mampu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati.
  • Menanggalkan minyak dan kulit kasar.
  • Mengawal keseimbangan lembapan semulajadi.
  • Mencerahkan kulit selain daripada menghilangkan jerawat.

Cara Anggun Series Facial Foam

Cuci muka dengan Anggun Series Facial Foam, urut perlahan-lahan selama beberapa minit dan bilas bersih. Untuk mendapatkan kesan terbaik gunakan 2-3 kali sehari.

Anggun Series Toner – Menyegarkan

Toner ini bukan sahaja bertindak membersihkan malah dapat mengembalikan kulit wajah yang kusam dan lesu selain mengecilkan pori-pori kulit. Untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, pastikan anda menyapunya setiap hari. Kelembapan kulit akan lebih seimbang. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Khasiat Anggun Series Toner

  • Membersih ke dalam liang roma untuk menanggalkan kotoran agar kulit bersih dan cerah.
  • Ia juga Memastikan kelembapan kulit akan lebih seimbang.

Cara Guna Anggun Series Toner

Selepas membersih muka dengan Facial Foam, semburkan Toner pada tapak tangan, sapu pada keseluruhan muka dan ratakan dengan jari.

Anggun Series Moisturizer – Melembabkan

Anggun Series Moisturizer berfungsi melembap dan menyegarkan kulit serta berperanan sebagai agen anti penuaan. Ia juga menghalang sinaran UV dari menjadikan kulit kusam dan tidak bermaya. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Khasiat Anggun Series Moisturizer

  • Memberikan kesan kulit lembut, menelap dengan cepat ke dalam kulit.
  • Menghalang sinaran UV menembus dan melindungi lapisan kulit dari sinaran UV.
  • Menanggalkan sel-sel gelap serta tompokan gelap.
  • Menganjalkan kulit yang mulai kendur.
  • Membantut pembentukkan melanin pada akar umbinya.

Cara Guna Anggun Series Moisturizer

Sapukan Anggun Series Moisturizer pada keseluruhan wajah dengan urutan secara ke atas selepas menggunakan Anggun Series Toner.

Anggun Series Whitening– Mencerah & Melindung

Anggun Series Whitening bertindak mencerah dan melindungi kulit dari serangan penyakit, kesan tindakbalas radikal bebas, memberi tenaga segera kepada sel-sel kulit. Menerlahkan seri kulit agar kelihatan mulus dan cerah. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Khasiat Anggun Series Whitening

  • Melindungi dan mencerahkan kulit dari dalam dan luar.
  • Mengurangi masalah jeragat dan pori-pori.
  • Mengurangi kedutan dan garis-garis halus pada wajah.

Cara Guna Anggun Series Whitening

Sapukan Anggun Series Whitening secara rata pada keseluruhan kulit muka dengan urutan ke atas.

September 22nd, 2011 | No Comments | Posted in Penjagaan Muka & Kulit

Leave a Reply